Kicauan beburung itu sungguh mengasyikkan aku. Indah irama yang dimainkan mereka. Indah juga keheningan pagi subuh ini. Perlahan aku terjengah ke lorong lampau. Aku suka dan selalu menerobos kisah silamku. Ku biarkan mereka bermain satu persatu dikotak minda ku. Kerana mereka temanku di kala aku kesunyian. Tiba-tiba aku tersentak. Terasa ingin menangis. Banyak sungguh kebodohan dan dosa yang telah ku lakukan selama ini. Sebak di dada ku tahan kerana kisah-kisah lama itulah yang juga mengajar aku erti kehidupan. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku mohon ampun kepada mu. Betapa banyak dosaku pada mu selama ini. Betapa banyak kebodohanku yang ku lakukan. Namun Kau tetap membiarkan ku hidup di bumi Mu. Betapa luasnya pintu taubat Mu pada ku.. Subhanallah.