Hamba yang belajar hakikat kehidupan.

Kicauan beburung itu sungguh mengasyikkan aku. Indah irama yang dimainkan mereka. Indah juga keheningan pagi subuh ini. Perlahan aku terjengah ke lorong lampau. Aku suka dan selalu menerobos kisah silamku. Ku biarkan mereka bermain satu persatu dikotak minda ku. Kerana mereka temanku di kala aku kesunyian. Tiba-tiba aku tersentak. Terasa ingin menangis. Banyak sungguh kebodohan dan dosa yang telah ku lakukan selama ini. Sebak di dada ku tahan kerana kisah-kisah lama itulah yang juga mengajar aku erti kehidupan. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku mohon ampun kepada mu. Betapa banyak dosaku pada mu selama ini. Betapa banyak kebodohanku yang ku lakukan. Namun Kau tetap membiarkan ku hidup di bumi Mu. Betapa luasnya pintu taubat Mu pada ku.. Subhanallah.


2 ulasan:

bahazain February 16, 2009 at 11:51 AM  

SALAM
MEMANG RAMAI ORANG MENJADI SELALU LUPA DARATAN
APABILA TIBA-TIBA BERJAYA ATAS KEJAYAAN YANG TELAH DISEDIAKAN. DEB ITU DASAR YG SANGAT BAIK, TETAPI DASAR JUGA HARUS BERTOLAK DENGAN STRATEGI YG JELAS , DAN PELAKSANAAN YG JUJUR, BUKAN UNTUK SUKU SAKAT DEKAT, TETAPI UNTUK RAKYAT YANG MUNDUR . TENTANG BAHASA RAMAI PEMIMPIN/MENTERI YG KELIRU TENTANG HUBUNGAN BAHASA DENGAN ILMU, DAN DENGAN MAKNA KEJAYAAN. APA BOLEH BUAT KITA YANG PILIH MEREKA. JADI TERPAKSALAH KITA PIKUL BEBAN SEKARANG.

Anonymous February 28, 2009 at 12:34 PM  

Hakikat kehidupan adalah semuanya seperti yg ditunjuki dan dikehendaki oleh Allah swt. Tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. Kalau terkurang, jahil. Kalau terlebih, sesat.